Dan buat mana ini saya telah mencuba menggunakan Coral chip untuk menstabilkan pH dan buat masa ini pH stabil di antara 7.2-7.6, saya pernah mencuba meletakkan Calcium Carbonate (baking soda) untuk menaikkan pH air dan ia berjaya cuma tidak stabil dan pH selalu sahaja turun kembali ke paras 6-6.5, jadi jadual di atas boleh dibuat sebagai rujukan.
Buat pertama kali (07/07/2014) anak-anak kecil crayfish boleh dilihat bermain-main setelah memindahkan ibu yang bertelur ke dalam tempat pengasingan di sebuah akuarium kecil lebihkurang 4 minggu yang lalu. Pemindahan ke akuarium ini adalah untuk memudahkan melihat perkembangan bagaimana ibu bertelur dan menetaskan telurnya.
Video ini menunjukkan anak-anak ini suka bermain di sekitar pam udara dan mempunyai saiz sebesar lebihkurang 0.5-1 cm.
Setelah lebihkurang sebulan, apabila melihat satu persatu lobster betina yang berada didalam CLAW, didapati terdapat 6 ekor yang telah bertelur dan agak pening juga bagaimana ingin memindahkan ke tempat lain. Nasib baik sebelum ini ada akaurium kecil bela ikan emas tapi pam udara tak tau entah ke mana letaknya. So kena beli satu pam udara untuk ibu lobster ini. So far ada yang nampak telur telah berwarna hitam, ada yang warna jingga dan difahamkan bawah yang berwarna jingga masih baru manakan yang kehitaman sudah agak lama.
Kalau diteliti daripada gambar terdapat warna hitam dibawah perut lobster. Itu adalah telur yang melekat dibawah perut dan dibawa ke mana-mana.
Lobster air tawar ini adalah spesis nokturnal iaitu aktif pada waktu malam dan ia mencari makan pada waktu malam. Oleh yang demikian saya meletakkan makanan bila balik kerja atau ketika waktu mula senja atau awal malam.
Melalui pembacaan lobster air tawar memakan apa sahaja seperti daging, ayam dan juga sayur-sayuran namun saya buat masa ini masih memberi makanan yang merupakan palet tenggelam Pameza buatan En Effendy.
Suatu pagi, sedang saya melihat-lihat disekitar CLAW ternampak seolah-olah ada lobster yang mati. Tetapi setelah diperhatikan ia hanya kulit yang kosong dan melalui pembacaan dan pertanyaan barulah saya ketahui bahawa untuk membesar lobster akan bersalin kulit dari semasa ke semasa. Dan kulit yang baru akan mengeras menjadi cengkerang didalam masa lebih kurang 1-2 hari so dalam masa tersebut ia mungkin terdedah kepada risiko dimakan oleh lobster lain, oleh itu bekas perlu mempunyai tempat-tempat untuk senang menyorok.
Mula-mula pening jugak bila check pH guna test kit pH beli kat kedai akuarium.. indikasi dia kena tengok warna, tapi boleh la agak-agak berapa ph air tu.
Lepas tu try cari-cari dekat lelong kalu ada pH tester yang digital.. terjumpa satu posting dan harga pun tak malah sangat dalam RM60 siap dengan penghantaran so terus je beli.. tapi lum cuba calibrate so anggap lebih kurang jugak la.. at least bleh tau la lebihkurang berapa pH air tersebut.