Tuesday, May 20, 2014

Menyediakan Sistem CLAW

Petang 13hb 2014, setiba di rumah terus menyediakan air dan memasang kembali CLAW yang telah dibeli. Lobs Air Tawar ini memerlukan air yang mempunyai lebihkurang pH 7.5 dan tidak mempunyai klorin. So singgah sebentar di kedai akuarium untuk membeli kit bacaan pH, kit klorin tester dan kit nyah klorin.


Kit Periksa Klorin


Isi air pada tong biru


Faris tukang isi air


Set bekas biru beli kat kedai akuarium, RM 55 satu bekas beli 2 untuk tambahan kalu memerlukan kemudian hari.


Saturday, May 17, 2014

Belajar bela Lobster Air Tawar

13hb Mei bertempat di kediaman En Effendy Halily di Rembia, Melaka bemula sesi pembelajaran ringkas bagaimana membela lobser air tawar di kawasan rumah menggunakan sistem CLAW (Cabinet Lobsters at Work). En. Effendy juga menerangkan apa itu Lobster Air Tawar, habitat asal, bagaimana mengenal lobs jantan dan betina dan juga sejarah bagaimana beliau mula berkecimpung dengan penternakan ini dan pelbagai lagi ilmu yang membantu memulakan projek.

Benih yang didapati daripada pekej pengenalan

En. Effendy dan Sistem CLAW ciptaan beliau

Cara memegang lobs pada bawah penyepit

Sistem CLAW







Friday, May 16, 2014

Intro Projek

Blog ini adalah suatu catatan dalam menjalankan projek lobster air tawar atau lebih dikenali sebagai LAT. Ia bermula dari pencarian bagaimana sistem akuaponik berfungsi dan seterusnya berjumpa dengan blog "LETS FARM LOBSTERS AT HOME (AQUAPONICS)" dan kemudian membeli pakej pengenalan dari En Effendy Halily dan dengan sesi pembelajaran di tempat En Effendy di Melaka dan bermulalah projek pada 13hb Mei 2014.




Pakej pengenalan kepada LAT oleh En Effendy Halily.

 

Subscribe to our Newsletter